Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena dengan Karnival MAIWP 2023.<br /><br />Dalam majlis tersebut, seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf diraikan bertemakan nostalgia adat istiadat kegemilangan Melayu Islam.